Kali ni entry berbeza sket nak masukkan elemen kisah2 fantasi...tapi ni realiti benaunya..
Kisah 3 budak cantik
Saya ada ramai kawan dan kawan saya semua cantik2, bijak2, sewel2, patuhi agama dan pandai masak.
Tapi ada kalangan mereka yang cantik2 ni nak saya fokuskan. Kisah 3 budak cantik. Mereka bertiga ni sangat la rapat, dan darjah atau degree of separation antara mereka ni huih tak buleh nak diukur dengan sebarang jangka degree mahupun pita pengukur heheh...mana2 je kalu tgk mereka musti korang akan terdengar lagu freedom, "sama-sama, gunung di daki, sama-sama mencari dan menanti.." hehhe..sori itu mungkin saya yang agak exaggerate. tapi itulah ekspresi yang nak saya garapkan keakraban mereka bertiga, yakni 3 budak cantik tadi.
Arakian, tibalah masanya salah seorang budak cantik ini getting married dengan adiwira pilihan hati, lantas makan makan hatilah semua jejaka semelaya akan mengetahui perkabaran tersebut. Nak dipendekkan cerita, selamatlah berlangsungnya walimah budak cantik ini, dengan gilang gemilangnya....Dan para sahabiah2 tadi turut meraikan terharu dan gembirannya mereka. Dalam pada masa yang sama tangisan gembira bercampur syahdu menyelubungi kalbu kerana gembira akan kebahagiaan ditempa budak cantik ini tadi. Beberpa purnama seterusnya... Maka, tinggallah 2 orang budak cantik tadi membawa diri dan menjalankan kelangsungan hidup seperti biasa (huuu...)
Dijadikan pula takdir bahawa antara 2 orang budak cantik ini, satu dapat peluang besau untuk melanjutkan pelajaran di benua eropah sana, yang mana kalau kite bayangkan eropah ini lengkap serba-sebi, tingkah laku sopan dan bertamadun, itu kata kakak modenas kita la, Padahal serba-serbi itu telah tanah melayu adun dan tempa ikut tatasusila dan taklid turun temurun dalam susur galur keturunan kita. Alah tak usahlah nak berbasa-basi cakap straight to the point sudah..maka malam tadi bersaksikan bulan dan langit indah malam ganjil ramadhan ( apekah mungkin juga terkena kita bonus lailatul qadar??) berlepaslah budak cantik ini ke tanah arab dubai dan seterusnya maju ke tanah manchester itu.
Bertakung2 air mata berat hati melepas dia pergi dan disulami kata2 control macho budak cantik ni, korang jgn macam ni aku pergi setahun aku balik lah...
Dan aku mengetuai sesi peluk2 last session pra-air mata..dia pun pesan jaga kawan cantik sorang tu yer..aku takde ni..
Dalam sebak tak tertahan itu aku hanya mampu mengcapkan, tapi max susah nak bagi die makan...hehhehe
Diikuti dengan kawan2 lain memeluk dirinya..nangis...isk sedey tauuu...huuu...apekah dan bagaimanakah kita sume nak melepaskan rindu dendam dekat awak yang mana awak jauh nuun disana? dalam hati ingin menyejukkan rasa FACEBUK kan ada...hehhe
Beberapa minit kemudian budak cantik ni melambai tangan sebelum berlepas...
Budak cantik yang tinggal tu macammane? korang sure tertanye2 kan? kan? kan?
Well aku memang lemah bab2 nak handle situasi begini...tapi tgh budak cantik memandu sebelum ke airport, dilayan pulak lagu korea, aku jeling sket,,dier pun kata nak nangis ni....
Sehari sebelum tu dia balik kerja, naik bilik dan turn semula...arakian berkata seadanya, nak nangis....
Dan semalam masa sesi jumpa salam dan akhir sesi peluk, nangis...masih..
Maka aku tahu, melepaskan orang tersayang tu memang terseksa...nangis je la..buleh je nangis..lepaskan...
This is not merely frenship korang..ni bonding ni...kan kan kan? what a superb creation Allah had created that women can penetrate each mind, telepathically (is there such word..hehhe)
Believe me, fragile as a child but stronger than mountain...bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana hati..
To max, i'm not used to express feeling because ascertain and it depends, but i do understand. But i hate MU fans hehehhe...All the best dahhlingg..
To haja, if u reading this blog just cry all u want, we are here for sholder to cry on.. if not me, erlis, ila,sha, sampai lenguh la hahhahha..
Till then, tata..
Ada lagi kisah budak2 cantik lain tapi next entry lahh..